Satu miting kecil kecilan telah diadakan di KFC yg bertentangan ngan Borong Din... tujuan nya tuk mengenal pasti ahli2 yg dpt dijejaki dan membahagikan tugas mencari dan menjejaki ahli2 yg masih gagal dikesan.. miting juga membincangkan venue, menu, tarikh, masa dan activities semasa majlis reunion nanti.. kata sepakat dicapai.. venue ditetapkan..umah lathef di jln dato’ kumbar menjadi medan pertemuan.. setelah itu, perjumpaan demi perjumpaan telah diadakan demi memastikn majlis yg direncana menjadi kenyataan.. seboleh-boleh nya, kesemua media yg ada telah dimaksima kan utk mencari ahli2 keluarga 6U 97, samada melalui internet (friendster, Ym dan laen2), telephone (handphone dan phone umah), secara lisan dari ahli ke ahli dan bergerak mencari ahli dari rumah ke rumah.. kesungguhan skuad pencari amatlah dihargai.. di fahamkn, byk kesukaran, kesulitan dan karenah dihadapi, namun demi sebuah harga setiakawan, semua itu ditangani dengan tabah dan tenang.. tak usah ditanya berapa banyak wang dan tenaga yg telah dikorbankn..hanya satu ikatan ukhwah abadi yg diimpikan..
Sambutan dan maklum balas dr ahli2 keluarga 6U 97 sangatlah mengharukan... Alhamdulillah...walaupun masing2 terpisah jauh dan hampir 9tahun tidak berjumpa, semangat setiakawan masih tersemat di hati masing2.. inilah yg diharapkan.. doa demi doa mengiringi setiap langkah menyatukan ahli2 keluarga 6U 97.. diharapkn dapat mengeratkan kembali setiap ahli yg dekat mahupun jauh..
Akhirnya, hari yg dinanti2 telah tiba.. sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha, majlis reunion keluarga 6U 97 telah diadakan.. inilah pengorbanan yg terbesar pd thn ini..berbaloi semua tenaga yg dikerah…kehadiran ahli2 keluarga 6U 97 dgn senyuman ceria amatlah dihargai.. ada antara ahli yg tidak dapat hadir dgn sebab tertentu…semuanya mengirimkan salam kasih untuk keluarga 6U 97..diserikan dgn kehadiran tunjang penggerak,pendidik berjasa, Pn. Rokiah Hamid bersama puteri nya, Suhana.. majlis bermula dgn pendaftaran pd jam 310ptg.. Ahli2 diminta mengisi borang yg tertera maklumat diri ahli yg terkini.. ini akan menjadi rujukan dan maklumat untuk sesi reunion pd masa hadapan.. seterusnya, ucapan dr Idrus, penghulu 6U 97 dan kemudian nya bacaan doa oleh Kamarul sebelum ahli2 dijemput mkn…sambil menjamu selera, seorg demi seorg ahli keluarga menceritakan perkembangan terbaru ttg diri masing2.. ada yg sedang belajar, ada yg sudah bekerja dan pelbagai lagi.. Masing2 dgn cerita kejayaan sendiri… indah nya saat ini..dapat mengetahui keadaan ahli keluarga yg terpisah sekian lama..ada diantaranya yg tidak pernah di temui sejak terpisah pd akhir thn 1997…
Tanggal 30 december, Sabtu, menjadi saksi betapa keluarga 6U 97 sgt merindui sesama ahli nya.. gugurnya mutiara air mata Pn Rokiah takkala diminta berucap membuktikan bahawa beliau sgt terharu dan berbangga dgn keluarga ini.. sebak, syahdu dan hening… tiada kata yg mampu menggambarkan perasaan sebenar pendidik ini.. “Cikgu sgt berbangga dgn kamu semua.. jadilah insan berguna untuk masa depan” hanya ini yg mampu diucapkan oleh beliau… syg nya, pendidik ini hanya sempat bersama untuk seketika kerana mempunyai agenda lain pd ptg itu… namun kehadiran nya telah memberi seribu satu makna kepada semua ahli keluarga 6U 97.
Ahli2 menjamu selera sambil berbual sesama sendiri.. peluang diambil untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita secara dekat. Acara diteruskn dgn activities yg telah dirancang.. Antaranya ialah permainan kotak beracun di mana beberapa ahli telah didenda untuk melakukan perkara/aksi yg tertulis di kertas khas. Antara adegan yg menarik dan luu untuk dikenang adalah adegan ketika siddiq tercari-cari gadis pilihan untuk diberi makanan sebagai denda kepada nya..akhirnya, ahli terpilih pd ptg bertuah itu ialah sazana hanafi… tak lupa juga persembahan sketsa « tok bomoh dan pak ngah » dari kamarul dan fitri... ahli2 juga bergembira atas sumbangan sebuah lagu dari kumpulan Sheila on7 yg di karaoke kan oleh Khairunnisa dan Munirah.. majlis juga mengadakan aktiviti tukar2 hadiah secara cabutan…semua ahli kelihatan bergembira sepanjang majlis.. diharapkan agar majlis yg mengeratkan ikatan ukhwah seperti ini dpt diadakan lg pd masa hadapan..
Terima kasih sahabat2 yg sudi hadir walau jauh dan dekat.. azliza yg dtg dr perak, fauzi dr pendang, izwan yg dtg walaupun tersekat dlm kesesakan lalu lintas..dan semua sahabat...
Terima kasih atas ingatan sahabat2 yg tidak dpt hadir seperti Akrimi, Syazana Abdullah, Akmar, Nurzil, Syamsul Amir, Sarah dan lain2...
Terima kasih untuk Lathef dan keluarga kerana sudi menjadi tuan rumah reunion ini.juga kerana sudi menyediakn makanan yg enak dan byk..(walau byrn Cuma rm10 setiap ahli)
Sekalung budi setinggi kasih buat pendidik berjasa, Pn Rokiah Hamid..
(SN Usman Awang)
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
3 comments:
gud job zu..keep on workin`,hehe
nice..dah siap blog.letak pic..kamon2..haha..video aku lum edit.ni dah bukak sem baru.insyaallah aku cuba edit secepat mungkin
tq eveybodi...need contribution from all..jgn bace je..tules ar skali..
pastu,komen blog aku skali.. http://zhaniece.blogspot.com
Post a Comment